Monday, February 27, 2012

sisik kaki lagenda



sisik kaki ayam laga

Ilmu bagaimana mengenali ayam sabung yang baik melalui sisik sisik yang terdapat pada kaki ayam semakin dilupakan. Kata orang tuah ayam letak di kaki.  Ilmu mengenai penilaian sisik sisik yang terdapat pada kaki ayam  ini di pelajari daripada orang-orang tua dan diturunkan dari generasi ke generasi.  Penggemar ayam membuat pengamatan terhadap sisik sisik yang terdapat pada ayam ayam jaguh dan pengetahuan ini diturunkan dari  generasi ke generasi. Kebiasaan ilmu ini diturunkan melalui percakapan lisan.

Terdapat satu buku yang ditulis oleh seornag veterinar dari thailand mengenai ayam sabung. Veterinar Dr Nisit Tangtrakarnpong mengembara seluruh thailand untuk membuat kajian tentang ayam sabung dan sebahagian daripada tulisannya di dalam buku Kai Chon Phra Naresuan Maharaja (Phra Naresuan the Great fighting cock) adalah berkenaan dengan sisik sisik ayam jaguh pilihan. Buku ini amat popular di thailand di kalangan penggemar ayam sabung. Buku setebal 117 mukasurat mengandungi beberapa topik berkenaan ayam sabung seperti karekter lengenda ayam ayam sabung pilihan dan lain lain.

Penggemar ayam memerhati kebanyakan ayam-ayam yang hebat atau jaguh mempunyai sisik sisik yang unik dan tersendiri. Sisik sisik ayam ini memberikan gambaran cara permainan ayam tersebut. Melalui pemerhatian kebanyakan penilaian sisik adalah agak tepat kerana pemerhatian terhadap sisik ayam ini dibuat secara turun temurun dan mempunyai maksud maksud tertentu mengikut jenis sisik.
Walau bagaimana baka amat memainkan peranan yang sangat penting kerana ia mempengaruhi genetik ayam sabung.  Secara fizikal selain bentuk badan, paruh, bulu dan lain lain kriteria yang terdapat pada ayam sabung,  sisik kaki ayam merupakan antara sifat fizikal yang paling utama  yang digunakan untuk mengenali ayam sabung yang bagus. Kedua dua penilaian secara genetik dan fizikal membantu memilih ayam laga yang bagus. Walaubagaimanapun juga kes kes terpencil membuktikan bacaan sisik bukanlah seratus peratus tepat. Penggemar ayam perlu melihat sendiri permainan ayam tersebut tetapi bacaan sisik ayam kadangkala memberikan penilaian awal terhadap tahap kehebatan ayam itu. Semua sisik kaki utama dan jari kaki dinilai dan ditafsirkan mengikut tafsiran tafsiran tertentu. Kebanyak tafsiran untuk sisik ayam ini lebih kurang sama disemua Negara Malaysia, Indonesia dan Thailand Cuma nama- nama jenis sisik agak berlainan mengikut bahasa di negara tersebut.

Pada umumnya ayam yang bagus mempunyai sisik yang kering. Bagus kalau sisiknya menonjol seakan kulit buaya cari juga sisik sisik aneh yang tidak dijumpai secara umum. Sisik sisik aneh atau tuah ini kadang kala tidak selamanya memberikan kemenangan kepada ayam itu. Ini kerana lawanya mungkin juga mempunyai sisik tuah yang lain. Terdapat bermacam sisik, sisik pecah, sisik bawat atau cincin dal lain lain yang memberikan definasi terhadap permainan ayam sabung tersebut.

Diharap artikel ini dapat memberikan panduan pengenalan  kepada penggemar ayam sabung mengenai sisik sisik ayam sabung. Insyallah saya akan menulis lagi berkenaan sisik yg spesifik dan pentafsiran mengenai sisik sisik tersebut.

Wednesday, February 22, 2012

Tuesday, February 21, 2012

bapak pama1
Bapak ayam baka dr siam. Banyak sisik bawat atau gelang

ayam betina . ada sisik bawat atau cincin