Thursday, November 29, 2012
Wednesday, November 28, 2012
ayam pama 1 buah patah
pauk. buah patah
Monday, October 8, 2012
Jenis jenis sisik kaki ayam mengikut kitab lama indonesia primbon jawa
kitab lama Indonesia dikenali sebagai primbon jawa mencirikan beberapa kategori jenis sisik ayam laga seperti berikut
1. Sisik driji panunggul kiwa tengen pecah, aran tunjung karang, watake mbingungake mungsuh.
2. Sisik sikil karo pisan ubet dhempet, aran Nagamangsa, watake ampuh.
Sisik kedua kakinya bersisik ubet, rapat, dinamakan Naga-mangsa, berwatak ampuh.
Sisik kaki keduanya (pisan ubet itu maksudnya sisiknya cuman satu melingkar, biasanya khan ada 2 atau 3 sisik, ini cuman 1 sisik dan rapat) dijuluki naga mangsa atau kalau bahasa indonesianya Naga = naga; mangsa = musim/waktu, sifatnya ampuh
sisik ubek juga dikenali sebagai sisik bawat atau sisik cincin.
3. Sisik gares kang mburi karo pisan madhep mangisor, aran Nagatumurun, wateke nglamurake mungsuh.
Sisik kedua kaki bagian belakang menghadap kebawah, dinamakan Naga-tumurun, berwatak membuat musuh rabun.
sisik tulang kering yang belakang dua-duanya menghadap kebawah (kebalikan dari sisik ayam pada umumnya), dijuluki Nagatumurun (keturunan naga), sifatnya memburamkan mata lawan
kebanyakan sisik di bahagian belakang kaki ayam berbentuk U atau menaik ke atas. Sisik Naga temurun pula berbentuk n atau sisiknya menhadap kebawah samada semua atau sebahagiannya
4. Sisik sikil karo pisan kaya kulit salak, aran Nagabanda, wateke yen wis anggitik mungsuhe lumayu.
Sisik kedua kakinya seperti kulit salak, dinamakan Naga-banda, berwatak, pukulannya membuat lari musuh
Sisik kaki keduanya seperti kulit buah salak, dijuluki Nagabanda (naga = naga ; banda ; modal) sifatnya bila sudah mukul lawan, lawanya akan lari.
Sisik jenis ini biasanya kecil kecil membentuk seperti corak seperti kulit buah salak. ada yang memanggilnya dengan sisik seribu atau sisik kelubi (bentuk kulit buah kelubi adalah seakan buak salak). Paluan ayam ini keras. Ayam bulu keras adalah antara yang mempunyai sisik jenis ini. Ayam yang bersisik kelubi biasanya mempunyai sisik jari jari kaki yang pecah kadangkala kesemua jarinya bersisik pecah dari hujung ke hujung. Makanya penilaian cara mainan ayam ini berdasarkan sisik jari pecah ini (seperti jenis sisik batu karang atau yang lain yang dibawah) adalah tidak boleh digunapakai. Dengan kata lain sisik pecah ini tidak memberikan maksud apa apa.
5. Sisike jenthik karo pisan pecah nratas,aran Tunggakwinaranan, watake mungsuhe mendhot banyon.
Sisik kedua jari kelingkingnya pecah, dinamakan Tunggak-winaranan, berwatak bisa membuat musuh tidak mau lagi bertarung setelah sambut airan.
sisik kelingking keduanya pecah berurutan, dijuluki Tunggakwinaranan, sifatnya lawannya kalah sebelum diairi/ngair/1 babak selesai
6. Sisik driji padha pecah, aran Batukarang, wateke nglamurate mungsuhe.
Sisik jarinya pecah pecah, dinamakan Batu-karang, berwatak, bisa membuat musuh rabun, buta melek.
sisik jari semua pecah, dijuluki batukarang, sifatnya melamurkan (memburamkan) mata lawannya
7. Sising kang ana katel sikil karo pisan, aran Batulapak, wateke nglemerake mungsuh.
Ada sisik dikedua telapak kakinya, dinamakan Batu-lapak, mempunyai watak, bisa membuat musuh lemas, tak bertenaga.
sisik yang ada ditelapak kaki dua-duanya, dijuluki batulapak, sifatnya, melemaskan musuh
Bahagian tapak bawah jari kaki ayam (bahagian tapak yang terkena tanah apabila ayam memijak tanah) yang kelihatan seperti sisik sisik seolah sisik kaki ayam bersambung ke bahagian bawah tapak. Biasanya ayam jenis ini dicirikan juga dengan kepak dua lapis dan paluan yang kuat.
8. Sisik melik ana ing tengah bener ubeding sikil karo, aran Putrikinurung, wateke yenh nggitik mungsuhe, katempar.
Ada sisik nyelip ditengah tengah sisik-ubed dikedua kakinya, dinmakan Putrikinurung, berwatak bisa memukul klenger musuh.
sisik kecil ada ditengah tepat lingkaran kedua kaki, dijuluki putrikinurung (putri yang terkurung), sifatnya kalau mukul,
9. Sisik kang resik mulus tanpa sisik melik aran Satriyasinekti, wateke yuwana tansah ngalahake mungsuh.
Sisik yang bersih teratur, dinamakan Satria-sinekti, berwatak, bisa selalu unggul dan mengalahkan musuhnya.
Kalau tak salah, Sisik ini juga dipanggil sisik denai, sisik lurus teratur.
10. Sisik ubed kang bener jalu karo pisan yen ulese wiring kuning aran Mastinuwuh, watake yuwana ampuh.
SISIK NYINCIN/sembang SEJAJAR DENGAN TAJI KALO WARNANYA WIRING KUNING NAMANYA MASTINUWUH, SIFATNYA MENANGAN SEKALI
11. Sisik ubed kang bener jalu karo pisan yen ulese wido aran Mas Sinangling, wateke yuwana ampuh.
SISIK NYINCIN/sembang SEJAJAR DENGAN TAJI KALO WARNANYA WIDO ATAU JALAK NAMANYA MAS SINANGLING, SIFATNYA MENANGAN SEKALI
12. Sisik ubed kang bener jalu karo pisan, yen ulese klawu aran Basunanda, watake yuwana ampuh.
SISIK NYINCIN/sembang SEJAJAR DENGAN TAJI KALO WARNANYA KELABU NAMANYA BASUNANDA, SIFATNYA MENANGAN SEKALI
Tuesday, September 25, 2012
Sunday, March 11, 2012
Monday, February 27, 2012
sisik kaki ayam laga
Ilmu bagaimana mengenali ayam sabung yang baik melalui sisik sisik yang terdapat pada kaki ayam semakin dilupakan. Kata orang tuah ayam letak di kaki. Ilmu mengenai penilaian sisik sisik yang terdapat pada kaki ayam ini di pelajari daripada orang-orang tua dan diturunkan dari generasi ke generasi. Penggemar ayam membuat pengamatan terhadap sisik sisik yang terdapat pada ayam ayam jaguh dan pengetahuan ini diturunkan dari generasi ke generasi. Kebiasaan ilmu ini diturunkan melalui percakapan lisan.
Terdapat satu buku yang ditulis oleh seornag veterinar dari thailand mengenai ayam sabung. Veterinar Dr Nisit Tangtrakarnpong mengembara seluruh thailand untuk membuat kajian tentang ayam sabung dan sebahagian daripada tulisannya di dalam buku Kai Chon Phra Naresuan Maharaja (Phra Naresuan the Great fighting cock) adalah berkenaan dengan sisik sisik ayam jaguh pilihan. Buku ini amat popular di thailand di kalangan penggemar ayam sabung. Buku setebal 117 mukasurat mengandungi beberapa topik berkenaan ayam sabung seperti karekter lengenda ayam ayam sabung pilihan dan lain lain.
Penggemar ayam memerhati kebanyakan ayam-ayam yang hebat atau jaguh mempunyai sisik sisik yang unik dan tersendiri. Sisik sisik ayam ini memberikan gambaran cara permainan ayam tersebut. Melalui pemerhatian kebanyakan penilaian sisik adalah agak tepat kerana pemerhatian terhadap sisik ayam ini dibuat secara turun temurun dan mempunyai maksud maksud tertentu mengikut jenis sisik.
Walau bagaimana baka amat memainkan peranan yang sangat penting kerana ia mempengaruhi genetik ayam sabung. Secara fizikal selain bentuk badan, paruh, bulu dan lain lain kriteria yang terdapat pada ayam sabung, sisik kaki ayam merupakan antara sifat fizikal yang paling utama yang digunakan untuk mengenali ayam sabung yang bagus. Kedua dua penilaian secara genetik dan fizikal membantu memilih ayam laga yang bagus. Walaubagaimanapun juga kes kes terpencil membuktikan bacaan sisik bukanlah seratus peratus tepat. Penggemar ayam perlu melihat sendiri permainan ayam tersebut tetapi bacaan sisik ayam kadangkala memberikan penilaian awal terhadap tahap kehebatan ayam itu. Semua sisik kaki utama dan jari kaki dinilai dan ditafsirkan mengikut tafsiran tafsiran tertentu. Kebanyak tafsiran untuk sisik ayam ini lebih kurang sama disemua Negara Malaysia, Indonesia dan Thailand Cuma nama- nama jenis sisik agak berlainan mengikut bahasa di negara tersebut.
Pada umumnya ayam yang bagus mempunyai sisik yang kering. Bagus kalau sisiknya menonjol seakan kulit buaya cari juga sisik sisik aneh yang tidak dijumpai secara umum. Sisik sisik aneh atau tuah ini kadang kala tidak selamanya memberikan kemenangan kepada ayam itu. Ini kerana lawanya mungkin juga mempunyai sisik tuah yang lain. Terdapat bermacam sisik, sisik pecah, sisik bawat atau cincin dal lain lain yang memberikan definasi terhadap permainan ayam sabung tersebut.
Diharap artikel ini dapat memberikan panduan pengenalan kepada penggemar ayam sabung mengenai sisik sisik ayam sabung. Insyallah saya akan menulis lagi berkenaan sisik yg spesifik dan pentafsiran mengenai sisik sisik tersebut.

Wednesday, February 22, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)